Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang hadith yang saya suka sejak dibangku sekolah lagi. Ia sangat memegang jiwa saya selama ini. Hadith berkenaan adalah riwayat Aisyah r.a.;
Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya.Sumber : Hadith ini diriwayatkan di dalam Sahih Ibn Hibban, dalam Kitab al-Bir wa al-Ihsan, No. Hadith 276.
Hadith ini secara jujurnya saya dengar dari kaset ceramah politik Datuk Seri Haji 'Abdul Hadi Awang. Saya menyangka bahawa ia adalah hadith sahih pada ketika itu. Apabila diteliti, hadith ini tidak sahih jika disandarkan kepada Nabi s.a.w. Menurut Ibn Abi Hatim di dalam Kitab al-Ilal, beliau telah bertanya kepada Abu Zur'ah al-Dimasyqi berkenaan hadith ini dengan sanad yang sama dengan sanad yang dikemukakan oleh Ibn Hibban di dalam Sahih Ibn Hibban di atas. Abu Zur'ah membetulkannya dan mengatakan bahawa ia adalah hadith mawquf, iaitu dari kata-kata Aisyah r.a. bukan dari kalam Rasulullah s.a.w. Jika disandarkan hadith di atas kepada Aisyah r.a. maka ia ada sahih. (Rujuk: Kitab al-Ilal, No. Masalah 1800, hlm. 1247)
Semoga hadith ini masing memegang jiwa saya selama-lamanya. Hanya Allah s.w.t. Maha Berkuasa ke atas kita semua.
Nota : Sanad ialah rantaian perawi-perawi bagi sesebuah hadith.
Mawquf ialah hadith yang disandarkan kepada sahabat r.a. bukan kepada Nabi s.a.w.
Kalu ada simbol 'like' nak like doh entry ni be mat ^_^.
ok, mg istiqamah selalu.
Smg terus Ikhlas dan Ihsan
post ini telah lama, ditulis oleh sahabat saya.. tetapi saya baru sahaja membacanya...
komen saya : semoga kata-kata (di dalam hadis) ini juga akan menjadi penguat untuk kita semua, dalam mengharungi cabaran hidup ini sehinggalah kita bertemu denganNYA..