Kembara Makna

Dalam relung-relung kasih, kita semua bersua dan berjumpa. Ada yang tidak pernah kukenal peribadinya. Tetapi aku tetap sama. Ayah dan ibu darah serupa. Mungkin cara kita melihat diri, mengubah cara kita melihat dunia.

"Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya." Mawquf, Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Bir wa al-Ihsan, No. Hadith 276

Hidup Ini Penuh Makna

Posted by Ahmad Saifuddin Monday, November 29, 2010 2 comments
Sejak sekian lama, aku jarang menconteng laman ini dengan bebas. Paparan yang biasanya nampak 'skema' sahaja dengan pos-pos yang agak akademik. Sekali sekala dengan beberapa berita tentang keluarga.Pelbagai yang aku lalui sejak beberapa bulan ini. Pelbagai jenis ranjau, onak dan duri aku lalui bersama keluarga. Kadang kala ada ketika kami gembira, tetapi sering kami sedih dan gundah gulana. Berhadapan dengan pelbagai jenis manusia dalam...

Solat & Zakat = Dunia & Akhirat = Kaya & Beriman

Posted by Ahmad Saifuddin Monday, October 4, 2010 0 comments
Kita selalu membaca al-Quran yang mempunyai dua kalimah ini. Allah s.w.t. merangkumkan di dalam ayat-ayatNya antara solat dan zakat bersama. Kenapa? Apa istimewa dua ibadat ini? Atau tujuan Allah s.w.t. menggabungkan dua kalimah ini. Mengapa tidak solat dan puasa, solat dan haji dan sebagainya?Pemerhatian penulis, banyak ayat-ayat yang menggabungkan dua kalimah ini. Lihat pada Surah Al-Baqarah [83, 110], An-Nisa [77], Al-Bayyinah [5], Al-Mujadalah...

'Aqib Suyufi

Posted by Ahmad Saifuddin Thursday, July 15, 2010 2 comments
Anak kedua ini lahir sewaktu hidup kami sedang membina hidup. Semoga Allah s.w.t. memberi keberkatan atas kelahiran ini. Dengan ini kami namakan dia dengan nama ‘Aqib Suyufi. Setelah mencari nama-nama yang elok maknanya dan indah maksudnya.Ketika saya sedang menyiapkan disertasi sarjana saya. Kajian saya lebih menjurus kepada al-Sirah al-Nabawiyyah. Lalu saya terjumpa satu ungkapan dari Rasulullah s.a.w. berkenaan nama-nama baginda. Baginda...

Kelebihan Demam

Posted by Ahmad Saifuddin Wednesday, June 30, 2010 3 comments
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. menziarahi Ummu Sa’ib yang sedang sakit. Apabila sampai di rumahnya, Rasulullah s.a.w. bertanya, “Kenapa kamu menggigil Ummu Sa’ib?” Beliau menjawab, “Saya sakit demam, semoga Allah tidak memberkati demam ini.” Lalu Rasulullah s.a.w. menegur, “Janganlah kamu mencela sakit demam, kerana ia akan menghapuskan dosa-dosa anak adam seperti mana pemanas besi dapat menghilangkan karat-karat besi.” Hadith riwayat MuslimDemam...

Kasih Allah Kepada HambaNya

Posted by Ahmad Saifuddin 0 comments
Suatu hari Nabi Muhammad dan sahabat beliau melihat seorang ibu yang hilang anaknya. Sejurus kemudian, ibu tersebut menemui kembali anaknya itu. Dia memeluk erat anaknya lantaran terlalu sayang.Lalu Nabi Muhammad bertanya kepada para sahabatnya, “Mungkinkah wanita ini akan mencampakkan anaknya ke dalam api?” Mereka menjawab, “Tidak.” Nabi Muhammad menyambung, “Allah sayangkan hambaNya lebih daripada sayangnya wanita ini kepada anaknya.”...

Selepas Susah Pasti Senang

Posted by Ahmad Saifuddin Friday, June 25, 2010 0 comments
Percayakah kita bahawa setiap susah itu pasti akan senang kemudian. Allah lebih tahu keadaan kita. Dia lebih tahu masa depan kita. Apabila Allah berkata di dalam al-Quran,“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5 & 6)Apabila Allah berkata demikian, yakinlah bahawa setiap...

Syajarah Sanad Kisah Hijrah Nabi s.a.w. di Waktu Siang

Posted by Ahmad Saifuddin Thursday, June 17, 2010 0 comments
Syajarah sanad ini sudah lama saya susun satu persatu. Niat asal untuk dimasukkan di dalam disertasi sarjana saya. Tetapi tidak dimasukkan kerana tiada keperluan untuk dimasukkan ke dalam disertasi berkenaan.Garisan putus-putus yang bersambung dengan Muhammad Ibn Ishaq itu adalah kerana syeikh beliau adalah majhul, maka ia tidak dapat diandaikan bahawa ia bersambung.Manakala garisan putus-putus pada al-Bukhari itu, adalah merujuk kepada...

Belajar Sahih Muslim Dalam Masa 40 Hari?!

Posted by Ahmad Saifuddin Wednesday, June 2, 2010 2 comments
Syeikh Jamaluddin al-Qasimi menceritakan pengalaman beliau menuntut ilmu. Kata beliau;"Alhamdulillah, aku telah menamatkan Sahih Muslim dalam masa empat puluh hari, Sunan Ibn Majah dalam masa dua puluh hari dan menamatkan Muwatta' Imam Malik selama sembilan belas hari. Manakala menamatkan Tahzib al-Tahzib, mentashihkan beberapa kesilapan yang terkandung di dalam naskah-naskah karya tersebut dan memberi keterangan tambahan bila perlu,...

Hadith dalam filem Transformer II?

Posted by Ahmad Saifuddin Tuesday, June 1, 2010 4 comments
Saya banyak terperasan satu dialog dalam filem ini yang diucapkan oleh seorang tentera berkulit hitam, "God made us in his image, who made them?" Dialog ini saya perasan pada minit ke-21 dalam filem ini. Ia seakan seerti dengan sebuah hadith riwayat al-Bukhari;عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِDari Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w. berkata, "Allah menjadikan...

Doa Ketika Masuk ke Dalam Masjid

Posted by Ahmad Saifuddin Sunday, May 30, 2010 0 comments
Sunnah kepada manusia itu apabila datang ke masjid, mereka berdoa yang disyariatkan daripada Rasulullah s.a.w. sewaktu masuk ke dalam masjid. Seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada hadith Sulayman bin Bilal, ‘an Rabi’ah bin Abi ‘Abd al-Rahman, ‘an ‘Abd al-Malik bin Sa’id, ‘an Abi Asid atau Abi Humayd, bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Apabila kamu semua masuk ke dalam masjid, maka katalah;اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ“Wahai...

Ubat Resah dan Kedekut

Posted by Ahmad Saifuddin Tuesday, May 25, 2010 0 comments
Ubat bagi resah dan gelisah, kedekut dan bakhil. Penawarnya adalah Solat. Allah s.w.t. berkata di dalam al-Quran;Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Al-Ma’arij : 19-22Jom sol...

Beza Khelong dan Jelaa

Posted by Ahmad Saifuddin Monday, May 24, 2010 0 comments
Biasanya Khelong berlaku sebelum makan dan berterusan. Jelaa pula berlaku ketika makan dan berterusan. Jadi, biasanya khelong itu dilihat lebih teruk dari Jelaa. Sekiranya melibatkan wang, harta dan sebagainya, biasa kita sebut sebagai Khelong. Yakni, benda lebih besar nilainya. Manakala Jelaa pula biasanya disebut kepada benda-benda kecil seperti kain, makanan dan sebagainya. Namun dua kalimah ini adakalanya tidak dibezakan bagi sesetengah...

Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis

Posted by Ahmad Saifuddin Sunday, May 23, 2010 2 comments
Penulis : Ishak Hj. Suliaman, Fauzi Deraman, Mohd. Muhiden Abd Rahman & Abdul Karim Ali Judul : Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis Penerbit : Penerbit Universiti Malaya Halaman : 171 halaman Harga : RM25.00 ISBN : 983-100-422-1 Buku ini muncul apabila isu anti hadis seolah-olah tenggelam dalam isu-isu semasa yang lain. Tetapi isu anti hadis ini masih menjadi api dalam sekam ketika buku ini diterbitkan. Atas inisiatif tokoh-tokoh...

Wasiat dan Hibah

Posted by Ahmad Saifuddin Saturday, May 22, 2010 1 comments
Penulis : Rizalman Muhammad dan Ishak Suliaman (2007)Judul : Wasiat dan HibahPenerbit : Akademi Pengajian Islam Universiti MalayaHalaman : 211 halamanHarga : RM25.00ISBN : 978-983-3603-20-6Tulisan ini boleh dikatakan antara tulisan terbaru dalam menganalisis hadith-hadith berkaitan mu’amalat khususnya hadith-hadith tentang wasiat dan hibah. Tulisan ini perlu diteliti oleh individu yang ingin memahami tentang wasiat dan hibah dari sudut...
Terdapat sebuah hadith berkaitan solat bagi orang yang tidak mampu untuk membaca dan menghafaz bacaan di dalam solat. Baginda s.a.w. memberi panduan yang sangat mudah.عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنِّي لَا أَسْتَطِيعُ أَنْ آخُذَ مِنْ الْقُرْآنِ شَيْئًا فَعَلِّمْنِي مَا يُجْزِئُنِي مِنْهُ قَالَ قُلْ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ...

Love is Logic!

Posted by Ahmad Saifuddin 0 comments
Mungkin saya sudah ketinggalan bas untuk berbicara tentang filem ini. Tetapi saya baru menontonnya malam tadi. Ungkapan di atas adalah kesimpulan daripada ucapan John Nash di dalam filem A Beautiful Mind lakonan Russell Crowe. Ucapan beliau ini diucapkan ketika beliau menerima Nobel Price berkaitan sumbangan beliau terhadap ekonomi moden. Ucapan beliau ini adalah seperti berikut;"I've always believed in numbers. In the equations and logics...

Sinonim Dialek Kelantan

Posted by Ahmad Saifuddin Thursday, May 20, 2010 0 comments
(Tenyeh, Tonyoh) (Nyepee, Nyepaa) (Nnalin, Ddebar, Gobar) (Jjelik, Jjalak) (So'oh, Sekok) (Ghabo, Ghasar) (Supik, Jjabir) (Handey, Hatuk) (Lepar, Tagor) (Jijok, Jighik). Dari sudut makna, kalimah ini seerti secara umum, tetapi ia mempunyai makna yang lebih halus. Huraiannya perlu lebih terperinci berdasarkan penggunaan masyarakat yang lebih tu...

Origami

Posted by Ahmad Saifuddin 1 comments
Antara permainan yang saya suka sejak dari kecil hingga ke usia dewasa sekarang ialah origami. Origami ialah seni lipatan kertas yang masyhur di negara Jepun. Ramai yang memandang remeh mainan saya ini. Mereka melihat ia kebudak-budakkan walaupun origami ini masyhur di Jepun dalam pelbagai lapisan usia termasuk warga emas. Saya tidak peduli itu semua, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Faktor utama yang menjadikan saya...

Penulis Enam Ratus Ribu Hadith

Posted by Ahmad Saifuddin 1 comments
Ada seorang kawan Imam Ahmad bin Hanbal bernama Yahya bin Ma'in. Beliau di antara ulama hadith terkenal sehingga sekarang. Ali bin al-Madini pernah berkata, "Aku belum pernah berjumpa orang yang mampu menulis sebanyak apa yang ditulis oleh Yahya bin Ma'in." Beliau menambah, "Sejak zaman Nabi Adam, aku belum pernah berjumpa orang yang mampu menulis hadith sebanyak tulisan Yahya."Seseorang bertanya kepada Yahya, "Berapakah hadith yang tuan...

Khazanah Tafsir di Malaysia

Posted by Ahmad Saifuddin 0 comments
Penulis : Mustaffa AbdullahJudul : Khazanah Tafsir di MalaysiaPenerbit : Akademi Pengajian Islam Universiti MalayaHalaman : 337 halamanHarga : RM30.00ISBN : 978-983-43765-7-4Secara jujur, saya ingin mengatakan bahawa tulisan ini merupakan satu-satunya tulisan yang menghimpunkan tokoh, penulis dan penyusun tafsir al-Quran di Malaysia. Tulisan-tulisan lain wujud pada tulisan-tulisan Wan Mohd Saghir serta kajian-kajian akademik sama ada disertasi,...

'Ulum al-Hadith

Posted by Ahmad Saifuddin 1 comments
Penulis : Fauzi DeramanJudul : ‘Ulum al-HadithPenerbit : Warisan Nabawi EnterpriseHarga : RM25.00Halaman : 164 halamanISBN : 978-983-43765-6-7Bagi kami, buku ini adalah di antara buku-buku tentang mustalah al-hadith yang bernilai akademik. Di samping ia memaparkan beberapa maklumat awal tentang hubung kait antara hadith dan al-Quran, ia juga membincangkan klasifikasi hadith-hadith dengan lebih terperinci.Menurut penulis buku ini, ia adalah...

Hadith yang Memegang Jiwa

Posted by Ahmad Saifuddin 2 comments
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang hadith yang saya suka sejak dibangku sekolah lagi. Ia sangat memegang jiwa saya selama ini. Hadith berkenaan adalah riwayat Aisyah r.a.;Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus...

Ayah

Posted by Ahmad Saifuddin Wednesday, May 19, 2010 2 comments
Satu individu yang sering menjadi kebanggaan seorang anak. Kadang kala ada yang sebaliknya. Kita pernah dengar bapa bernafsu binatang yang membaham anaknya sendiri dan sebagainya. Orang sebegini tidak layak digelar sebagai ayah.Ayah saya yang mendirikan rumah tangga ketika berusia 37 tahun pada tahun 1967. Usia yang agak lewat pada masa itu bagi seorang lelaki. Ia menyebabkan saya lahir ke dunia ketika beliau sudah berusia 50an. Keadaan...