Kembara Makna

Dalam relung-relung kasih, kita semua bersua dan berjumpa. Ada yang tidak pernah kukenal peribadinya. Tetapi aku tetap sama. Ayah dan ibu darah serupa. Mungkin cara kita melihat diri, mengubah cara kita melihat dunia.

"Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya." Mawquf, Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Bir wa al-Ihsan, No. Hadith 276

Doa Ketika Masuk ke Dalam Masjid

Posted by Ahmad Saifuddin Sunday, May 30, 2010 0 comments
Sunnah kepada manusia itu apabila datang ke masjid, mereka berdoa yang disyariatkan daripada Rasulullah s.a.w. sewaktu masuk ke dalam masjid. Seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada hadith Sulayman bin Bilal, ‘an Rabi’ah bin Abi ‘Abd al-Rahman, ‘an ‘Abd al-Malik bin Sa’id, ‘an Abi Asid atau Abi Humayd, bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Apabila kamu semua masuk ke dalam masjid, maka katalah;اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ“Wahai...

Ubat Resah dan Kedekut

Posted by Ahmad Saifuddin Tuesday, May 25, 2010 0 comments
Ubat bagi resah dan gelisah, kedekut dan bakhil. Penawarnya adalah Solat. Allah s.w.t. berkata di dalam al-Quran;Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Al-Ma’arij : 19-22Jom sol...

Beza Khelong dan Jelaa

Posted by Ahmad Saifuddin Monday, May 24, 2010 0 comments
Biasanya Khelong berlaku sebelum makan dan berterusan. Jelaa pula berlaku ketika makan dan berterusan. Jadi, biasanya khelong itu dilihat lebih teruk dari Jelaa. Sekiranya melibatkan wang, harta dan sebagainya, biasa kita sebut sebagai Khelong. Yakni, benda lebih besar nilainya. Manakala Jelaa pula biasanya disebut kepada benda-benda kecil seperti kain, makanan dan sebagainya. Namun dua kalimah ini adakalanya tidak dibezakan bagi sesetengah...

Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis

Posted by Ahmad Saifuddin Sunday, May 23, 2010 2 comments
Penulis : Ishak Hj. Suliaman, Fauzi Deraman, Mohd. Muhiden Abd Rahman & Abdul Karim Ali Judul : Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis Penerbit : Penerbit Universiti Malaya Halaman : 171 halaman Harga : RM25.00 ISBN : 983-100-422-1 Buku ini muncul apabila isu anti hadis seolah-olah tenggelam dalam isu-isu semasa yang lain. Tetapi isu anti hadis ini masih menjadi api dalam sekam ketika buku ini diterbitkan. Atas inisiatif tokoh-tokoh...

Wasiat dan Hibah

Posted by Ahmad Saifuddin Saturday, May 22, 2010 1 comments
Penulis : Rizalman Muhammad dan Ishak Suliaman (2007)Judul : Wasiat dan HibahPenerbit : Akademi Pengajian Islam Universiti MalayaHalaman : 211 halamanHarga : RM25.00ISBN : 978-983-3603-20-6Tulisan ini boleh dikatakan antara tulisan terbaru dalam menganalisis hadith-hadith berkaitan mu’amalat khususnya hadith-hadith tentang wasiat dan hibah. Tulisan ini perlu diteliti oleh individu yang ingin memahami tentang wasiat dan hibah dari sudut...
Terdapat sebuah hadith berkaitan solat bagi orang yang tidak mampu untuk membaca dan menghafaz bacaan di dalam solat. Baginda s.a.w. memberi panduan yang sangat mudah.عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنِّي لَا أَسْتَطِيعُ أَنْ آخُذَ مِنْ الْقُرْآنِ شَيْئًا فَعَلِّمْنِي مَا يُجْزِئُنِي مِنْهُ قَالَ قُلْ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ...

Love is Logic!

Posted by Ahmad Saifuddin 0 comments
Mungkin saya sudah ketinggalan bas untuk berbicara tentang filem ini. Tetapi saya baru menontonnya malam tadi. Ungkapan di atas adalah kesimpulan daripada ucapan John Nash di dalam filem A Beautiful Mind lakonan Russell Crowe. Ucapan beliau ini diucapkan ketika beliau menerima Nobel Price berkaitan sumbangan beliau terhadap ekonomi moden. Ucapan beliau ini adalah seperti berikut;"I've always believed in numbers. In the equations and logics...

Sinonim Dialek Kelantan

Posted by Ahmad Saifuddin Thursday, May 20, 2010 0 comments
(Tenyeh, Tonyoh) (Nyepee, Nyepaa) (Nnalin, Ddebar, Gobar) (Jjelik, Jjalak) (So'oh, Sekok) (Ghabo, Ghasar) (Supik, Jjabir) (Handey, Hatuk) (Lepar, Tagor) (Jijok, Jighik). Dari sudut makna, kalimah ini seerti secara umum, tetapi ia mempunyai makna yang lebih halus. Huraiannya perlu lebih terperinci berdasarkan penggunaan masyarakat yang lebih tu...

Origami

Posted by Ahmad Saifuddin 1 comments
Antara permainan yang saya suka sejak dari kecil hingga ke usia dewasa sekarang ialah origami. Origami ialah seni lipatan kertas yang masyhur di negara Jepun. Ramai yang memandang remeh mainan saya ini. Mereka melihat ia kebudak-budakkan walaupun origami ini masyhur di Jepun dalam pelbagai lapisan usia termasuk warga emas. Saya tidak peduli itu semua, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Faktor utama yang menjadikan saya...

Penulis Enam Ratus Ribu Hadith

Posted by Ahmad Saifuddin 1 comments
Ada seorang kawan Imam Ahmad bin Hanbal bernama Yahya bin Ma'in. Beliau di antara ulama hadith terkenal sehingga sekarang. Ali bin al-Madini pernah berkata, "Aku belum pernah berjumpa orang yang mampu menulis sebanyak apa yang ditulis oleh Yahya bin Ma'in." Beliau menambah, "Sejak zaman Nabi Adam, aku belum pernah berjumpa orang yang mampu menulis hadith sebanyak tulisan Yahya."Seseorang bertanya kepada Yahya, "Berapakah hadith yang tuan...

Khazanah Tafsir di Malaysia

Posted by Ahmad Saifuddin 0 comments
Penulis : Mustaffa AbdullahJudul : Khazanah Tafsir di MalaysiaPenerbit : Akademi Pengajian Islam Universiti MalayaHalaman : 337 halamanHarga : RM30.00ISBN : 978-983-43765-7-4Secara jujur, saya ingin mengatakan bahawa tulisan ini merupakan satu-satunya tulisan yang menghimpunkan tokoh, penulis dan penyusun tafsir al-Quran di Malaysia. Tulisan-tulisan lain wujud pada tulisan-tulisan Wan Mohd Saghir serta kajian-kajian akademik sama ada disertasi,...

'Ulum al-Hadith

Posted by Ahmad Saifuddin 1 comments
Penulis : Fauzi DeramanJudul : ‘Ulum al-HadithPenerbit : Warisan Nabawi EnterpriseHarga : RM25.00Halaman : 164 halamanISBN : 978-983-43765-6-7Bagi kami, buku ini adalah di antara buku-buku tentang mustalah al-hadith yang bernilai akademik. Di samping ia memaparkan beberapa maklumat awal tentang hubung kait antara hadith dan al-Quran, ia juga membincangkan klasifikasi hadith-hadith dengan lebih terperinci.Menurut penulis buku ini, ia adalah...

Hadith yang Memegang Jiwa

Posted by Ahmad Saifuddin 2 comments
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang hadith yang saya suka sejak dibangku sekolah lagi. Ia sangat memegang jiwa saya selama ini. Hadith berkenaan adalah riwayat Aisyah r.a.;Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus...

Ayah

Posted by Ahmad Saifuddin Wednesday, May 19, 2010 2 comments
Satu individu yang sering menjadi kebanggaan seorang anak. Kadang kala ada yang sebaliknya. Kita pernah dengar bapa bernafsu binatang yang membaham anaknya sendiri dan sebagainya. Orang sebegini tidak layak digelar sebagai ayah.Ayah saya yang mendirikan rumah tangga ketika berusia 37 tahun pada tahun 1967. Usia yang agak lewat pada masa itu bagi seorang lelaki. Ia menyebabkan saya lahir ke dunia ketika beliau sudah berusia 50an. Keadaan...