
Apabila keluar, maka katakanlah;اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ“Wahai Tuhanku, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu.”
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu daripada kelebihan-kelebihan-Mu.”
Sahih Muslim, Kitab (صَلَاةِ الْمُسَافِرِينَ وَقَصْرِهَا), Bab (مَا يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ).
Manakala berselawat ke atas Nabi ‘alayhi Solah wa al-Salam ketika masuk ke masjid sebelum membaca doa di atas; Abu Dawud telah membawa satu bentuk riwayat yang bermasalah daripada hadith al-Darawardi ‘an Rabi’ah dan al-Darawardi telah tafarrud (bersendirian) pada riwayat ini dan ia tidak mahfuz (terjaga).
Diriwayatkan juga oleh Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain daripada ‘Abdullah bin al-Hasan ‘an ibunya Fatimah bin al-Husayn (al-Sughra), ‘an Fatimah (al-Kubra), katanya : “Apabila Rasulullah memasukki masjid, baginda berselawat ke atas Muhammad dan mengucap salam (ke atasnya), kemudian berkata;
رَبِّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Apabila keluar, baginda berselawat dan mengucap salam ke atas Muhammad dan berdoa;رَبِّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ فَضْلِكَ
Dan riwayat ini adalah inqita’ (terputus).
Al-Tirmizi berkata : Hadith Fatimah adalah hadith yang hasan. Tetapi isnadnya tidak bersambung. Fatimah bin al-Husayn tidak pernah bertemu dengan Fatimah al-Kubra. Fatimah hidup beberapa bulan selepas Nabi wafat.
Justeru, berselawat dan mengucap salam ke atas Nabi ketika memasuki masjid adalah tidak thabit (sah).
Sifat Solat Nabi oleh Syeikh Abd al-‘Aziz Marzuq al-Torifi, hlm. 36-37.
0 comments