Kembara Makna

Dalam relung-relung kasih, kita semua bersua dan berjumpa. Ada yang tidak pernah kukenal peribadinya. Tetapi aku tetap sama. Ayah dan ibu darah serupa. Mungkin cara kita melihat diri, mengubah cara kita melihat dunia.

"Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya." Mawquf, Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Bir wa al-Ihsan, No. Hadith 276

Kelebihan Demam

Posted by Ahmad Saifuddin Wednesday, June 30, 2010 3 comments
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. menziarahi Ummu Sa’ib yang sedang sakit. Apabila sampai di rumahnya, Rasulullah s.a.w. bertanya, “Kenapa kamu menggigil Ummu Sa’ib?” Beliau menjawab, “Saya sakit demam, semoga Allah tidak memberkati demam ini.” Lalu Rasulullah s.a.w. menegur, “Janganlah kamu mencela sakit demam, kerana ia akan menghapuskan dosa-dosa anak adam seperti mana pemanas besi dapat menghilangkan karat-karat besi.” Hadith riwayat MuslimDemam...

Kasih Allah Kepada HambaNya

Posted by Ahmad Saifuddin 0 comments
Suatu hari Nabi Muhammad dan sahabat beliau melihat seorang ibu yang hilang anaknya. Sejurus kemudian, ibu tersebut menemui kembali anaknya itu. Dia memeluk erat anaknya lantaran terlalu sayang.Lalu Nabi Muhammad bertanya kepada para sahabatnya, “Mungkinkah wanita ini akan mencampakkan anaknya ke dalam api?” Mereka menjawab, “Tidak.” Nabi Muhammad menyambung, “Allah sayangkan hambaNya lebih daripada sayangnya wanita ini kepada anaknya.”...

Selepas Susah Pasti Senang

Posted by Ahmad Saifuddin Friday, June 25, 2010 0 comments
Percayakah kita bahawa setiap susah itu pasti akan senang kemudian. Allah lebih tahu keadaan kita. Dia lebih tahu masa depan kita. Apabila Allah berkata di dalam al-Quran,“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan” (al-Insyirah : 5 & 6)Apabila Allah berkata demikian, yakinlah bahawa setiap...

Syajarah Sanad Kisah Hijrah Nabi s.a.w. di Waktu Siang

Posted by Ahmad Saifuddin Thursday, June 17, 2010 0 comments
Syajarah sanad ini sudah lama saya susun satu persatu. Niat asal untuk dimasukkan di dalam disertasi sarjana saya. Tetapi tidak dimasukkan kerana tiada keperluan untuk dimasukkan ke dalam disertasi berkenaan.Garisan putus-putus yang bersambung dengan Muhammad Ibn Ishaq itu adalah kerana syeikh beliau adalah majhul, maka ia tidak dapat diandaikan bahawa ia bersambung.Manakala garisan putus-putus pada al-Bukhari itu, adalah merujuk kepada...

Belajar Sahih Muslim Dalam Masa 40 Hari?!

Posted by Ahmad Saifuddin Wednesday, June 2, 2010 2 comments
Syeikh Jamaluddin al-Qasimi menceritakan pengalaman beliau menuntut ilmu. Kata beliau;"Alhamdulillah, aku telah menamatkan Sahih Muslim dalam masa empat puluh hari, Sunan Ibn Majah dalam masa dua puluh hari dan menamatkan Muwatta' Imam Malik selama sembilan belas hari. Manakala menamatkan Tahzib al-Tahzib, mentashihkan beberapa kesilapan yang terkandung di dalam naskah-naskah karya tersebut dan memberi keterangan tambahan bila perlu,...

Hadith dalam filem Transformer II?

Posted by Ahmad Saifuddin Tuesday, June 1, 2010 4 comments
Saya banyak terperasan satu dialog dalam filem ini yang diucapkan oleh seorang tentera berkulit hitam, "God made us in his image, who made them?" Dialog ini saya perasan pada minit ke-21 dalam filem ini. Ia seakan seerti dengan sebuah hadith riwayat al-Bukhari;عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِDari Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w. berkata, "Allah menjadikan...