Kembara Makna

Dalam relung-relung kasih, kita semua bersua dan berjumpa. Ada yang tidak pernah kukenal peribadinya. Tetapi aku tetap sama. Ayah dan ibu darah serupa. Mungkin cara kita melihat diri, mengubah cara kita melihat dunia.

"Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya." Mawquf, Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Bir wa al-Ihsan, No. Hadith 276

Arent Jan Wensinck

Posted by Ahmad Saifuddin Friday, June 8, 2012


Penyusun utama bagi kitab indeks hadith-hadith yang berjudul al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadith al-Nabawi adalah Arent Jan Wensinck. Terdapat perbezaan ejaan nama iaitu terdapat ejaan Arend Jan Wensinck seperti yang terdapat di dalam al-I'lam susunan Khair al-Din al-Zirkili (Lihat al-’Ilam, j. 1, hlm. 289) Namun begitu ada juga yang menyebut Arnold James Wensinck, tetapi ejaan ini tidak tepat kerana tidak terdapat ejaan begini ini pada buku-buku karangan beliau. 


Terdapat pandangan mengatakan bahawa nama sebenar beliau adalah Arent atau Arend Johannes Wensinck, ini berdasarkan pada surat beliau sendiri yang bertarikh pada 5 Mac 1934 yang ditulis dalam bahasa Arab dengan meletakkan ringkasan nama dengan huruf Alif. Ya. Wensinck. Ya itu merujuk kepada (يوهنس) Johannes. Surat ini dihantar dari Belanda kepada Muhammad Fu`ad ‘Abd al-Baqiy di Mesir. Arent Jan Wensinck (meninggal 1939 M). (Rujuk, Miftah Kunuz al-Sunnah, alih bahasa ke Bahasa Arab oleh Muhammad Fu`ad ‘Abd Baqi, t.t.,Kaherah: Dar al-Hadith, jilid 1, hlm. (muqaddimah).




Nama penuh kitab berkenaan adalah al-Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Hadith al-Nabawi ‘an al-Kutub al-Sittah wa ‘an Musnad al-Darimiy wa Muwatta’ Malik wa Musnad Ahmad Ibn Hanbal atau dalam Bahasa Belanda ditulis Concordance Et Indices de La Tradition Musulmane Les Six Livres Le Musnad D’al-Darimi, Le Muwatta’ de Malik, Le Musnad de Ahmad Ibn Hanbal cetakan 1939 hingga 1969.

Aren Jan Wensinck


Arent Jan Wensinck dilahirkan pada 1882M bersamaan 1299H di Aarlanderveen, Belanda dan meninggal pada 1939M bersamaan 1358H. Ayah beliau bernama Johan Herman Wensinck manakala ibu beliau bernama Anna Sara Geertruida Vermeer. Wensinck berkahwin pada 3 Oktober 1912M dengan Maria Elisabet Daubanton dan mendapat dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Beliau merupakan pensyarah Bahasa Arab di Universiti Leiden, Belanda. Beliau berkhidmat di universiti tersebut bermula 1927 hingga beliau meninggal dunia. Sering merantau ke Mesir, Syria dan negara-negara Arab lain.

Namun begitu, beliau merupakan seorang orientalis yang memusuhi Islam. Ini terdapat di dalam karya-karya beliau yang lain. Tidak dapat dikenal pasti apakah tujuan beliau menyusun kitab Mu’jam Mufahras ini. Ini kerana ia merupakan antara kitab utama dalam proses mencari dan mentakhrij hadith-hadith Nabi. Walau apa pun tujuan dan niatnya, kitab ini memberi banyak kemudahan kepada para ulama’, pelajar-pelajar dan pengkaji-pengkaji Islam di seluruh dunia.

Kisah lanjut tentang beliau boleh dibaca di pautan ini.

5 comments

  1. Anonymous Says:
  2. pautannya tu berbahasa apa?

     
  3. Pautan itu berbahasa Belanda. Tuan boleh klik translate jika menggunakan google chrome untuk membacanya dalam Bahasa Inggeris.

     
  4. Anonymous Says:
  5. mcm pernah belajar je.. ada dlm subjek apa ea ni.. (nur fathin)

     
  6. ibnu qiabl Says:
  7. barakallah ustaz atas maklumat ringkas dlm bahasa melayu.. cuma nak tahu jugak kenapa beliau tulis kitab ni. beliau ni bukan islam kan? tp dalam cetakan persatuan ilmiah (yeke terjemah mcm tu) die tulis ' Arent Jan Weinsink rahimahullah '.. konpius kejap

     
  8. ibnu qiabl Says:
  9. http://alqurangaul.blogspot.com/2013/12/pemikiran-hadits-arent-jan-wensinck.html

    agak menarik link ni.. semoga bermanfaat

     

Post a Comment