Kembara Makna

Dalam relung-relung kasih, kita semua bersua dan berjumpa. Ada yang tidak pernah kukenal peribadinya. Tetapi aku tetap sama. Ayah dan ibu darah serupa. Mungkin cara kita melihat diri, mengubah cara kita melihat dunia.

"Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya. Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya." Mawquf, Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Bir wa al-Ihsan, No. Hadith 276

Ayah

Posted by Ahmad Saifuddin Wednesday, May 19, 2010

Satu individu yang sering menjadi kebanggaan seorang anak. Kadang kala ada yang sebaliknya. Kita pernah dengar bapa bernafsu binatang yang membaham anaknya sendiri dan sebagainya. Orang sebegini tidak layak digelar sebagai ayah.

Ayah saya yang mendirikan rumah tangga ketika berusia 37 tahun pada tahun 1967. Usia yang agak lewat pada masa itu bagi seorang lelaki. Ia menyebabkan saya lahir ke dunia ketika beliau sudah berusia 50an. Keadaan itu memaksa ayah bekerja walaupun dalam usia 60an untuk menyambung suapan makan ke mulut kami yang berada jauh di seberang laut atau dekat. Kepenatan seharian ayah, memberi kami erti kasihan belas kepada seseorang yang hanya memikirkan keperluan anaknya. Kadang kala dipenuhi, kadang kala terpaksa ditahan seketika. Garis-garis kedut ditubuhnya kadang kala mengundang rasa belas di hati pada ketika itu hanya belasan tahun yang perlu fokus pada belajar semata. Apakan daya, sedaya mampu cuma dapat kuhulur untuk membantu ayah. Membasuh pakaian, memasak, mengurus rumah dan sebagainya. Abang kakak berada jauh menyambung belajar meneruskan legasi ayah dalam pelajaran.

Aduhai ayah, ketika usia menjangkau 66 tahun dan kau masih membanting tulang mencari makan untuk kami semua. Tiada gunung emas yang mampu membalas. Di saat rakan-rakanmu bergelak ketawa bersama cucu di depan anjung rumah sambil menghirup kopi panas dan pisang goreng. Kau sedang mengayuh basikal pulang dari tempat kerja, hanya untuk keperluan anak-anakmu. Kisah ayah ini, kedengaran biasa di mulut sesiapa sahaja yang mempunyai ayah yang tabah. Sekadar bersyahdu sementara. Semoga Allah s.w.t. mengampuni dan merahmati Ayah, Yusof bin Mat Sah.

2 comments

  1. Ayah dan Abah... siapapun namanya, mereka adalah insan yang hebat.. apatah lagi bagi mereka yang mendidik anak2 untuk mencapai kejayaan dunia dn plg penting menjadi murabbi utk anak2 tetap memandang Akhirat sbg ultimate goal kehidupan....

    Abah, semoga Allah merahmati abah..

    walau diuji dengan ketiadaan bonda, dirimu mampu merubah segalanya.

    Al-fatihah buat semua ibubapa kita yang telah pergi mengadap iLahi dan yang masih menyambung sisa perjuangan menjadi ibubapa terbaik.

     
  2. Salam ukhwah ya Ustaz..

    Sayu di hati tatkala membaca kisah ini. Terasa begitu banyak hutang jasa yang tidak akan terlunas pada mak dan abah. Semoga Allah merahmati mereka, melindungi mereka dan mengasihi mereka setiap kita.

     

Post a Comment